Khamis, 22 Oktober 2015

Tea Time bersama KJ

Baru-baru ni saya terpandang di kaca TV rancangan yang mengikut papan latar ialah Tea Time bersama KJ. Saya tidak taulah siapa penganjurnya. Apa yang saya nak sebutkan di sini ialah penggunaan Bahasa Melayu.

Sebelum ini ada cakap-cakap dari orang-orang di agensi yang berkenaan iaitu tentang ura-ura hendak mematabatkan semula Bahasa Melayu. Tetapi tuan-tuan tengoklah sendiri. Di platfom rasmi seperti tea time bersama KJ itu sendiri sudah jelas sebagai satu pencabulan Bahasa Melayu, tidak selaras dengan cakap-cakap tadi. Tidak adakah istilah lain untuk 'tea time' tu. Ini juga berkait dengan dasar pendidikan.
Kadang saya malu juga dengan mereka yang bukan Melayu tu. Saya tergambar betapa mereka itu senyum sinis setiap kali ada orang-orang tertentu menyebut tentang memartabatkan bahasa Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan