Ahad, 19 Julai 2015

Mengalami atau terlibat

Kali ini saya ingin berkongsi pengetahuan mengenai penggunaan perkataan mengalami dengan terlibat. Hal ini kerana saya fikir penggunaan dua perkataan itu adalah tidak tepat. Misalnya sebuah blog yang saya baca malam ini tentang kemalangan sebuah bas, tajuk yang dituliskan ialah
RAWANG - Sebuah bas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 436 berhampiran dengan Perhentian Rawang, pagi tadi.
Perkataan terbabit atau yang seerti iaitu terlibat dalam kejadian yang diberitakan adalah tidak tepat, kerana bas itu yang mengalami kemalangan, bukannya terbabit dalam kemalangan. Perkataan terlibat boleh digunakan kepad mana-mana kenderaan yang mengalami kemalangan disebabkan oleh sesuatu kemalangan lain.
Misalnya, jika berlaku sebuah bas mengalami kemalangan, datang pula sebuah motor yang cuba mengelakkan dari merempuh bas tersebut, lalu terbalik, jadi motor itu dikatakan terbabit dalam kemalangan. 
Penggunaan terlibat seperti yang tersebut di atas ini seringkali kita dengar atau baca di akhbar-akhbar atau berita di media massa. Dewan Bahasa dan Pustaka perasan tak perkaran ini. Atau mungkin saya yang salah! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan