Isnin, 6 Mei 2013

Selamat Tinggal vs Selamat Jalan

Sekarang ini sedang berlangsung siaran bersiri Program Master Chef Selebriti, di TV Saluran 104. Dalam siri-siri di mana ada proses penyingkiran, kita sering mendengar satu ungkapan Selamat Tinggal yang harus diucapkan atas permintaan Para Master Chef. Penggunaan ungkapan itu rasanya tidak betul, ya tidak betul bukan tidak tepat.
Dalam proses penyingkiran selalunya kelompok yang terlibat yang terdiri daripada, katakan, 7 orang, akan melalui penapisan, dengan memanggil seorang demi seorang, yang akhirnya tinggallah 2 orang sahaja. Dari jumlah 2 orang ini, salah seorang akan disingkir keluar. Ketika inilah kita akan mendengar perintah dari jurulatih Master Chef kepada yang menang supaya mengucapkan Selamat Tinggal kepada yang kalah, yang akan meninggalkan peserta-peserta yang lain. Misalnya yang tinggal hanya si A dan si B sahaja, katakan si B yang kalah; seorang jurulatih akan mengarahkan si A supaya mengucapkan Selamat Tinggal kepada si B.
Bagi saya ungkapan Selamat Tinggal ini adalah salah atau tidak betul, bukan tidak tepat; sepatutnya diucapkan oleh B kepada A, bukan sebaliknya; dengan kata lain ucapan oleh A kepada B yang betul ialah Selamat Jalan. Apa kata saudara saudari?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan